Monday, 24 December 2012

Doa Seorang Isteri

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


........ Walaupun eyda bukan lagi bergelar seorang isteri , tapi tidak mustahil hari bermakna itu akan tiba juga , In Shaa Allah .. Eyda tidak tahu siapa awak wahai imamku , tapi eyda sangat berharap awak adalah insan yang eyda sayang selama ini , yang bertaktha dihati eyda saat ini , dan eyda berharap awak adalah jodoh eyda wahai imamku . . In Shaa Allah . . memang jodoh ajal maut  itu semua ditangan Allah , kita tak tahu siapa jodoh kita yang sebenar , tapi sebagai hambaNYA , kita berusahalah selagi mampu , berdoalah agar dijodohkan dengan seorang yang sentiasa menerima baik buruk kita , dan jodoh itu sebaik mungkin , . Semua orang cakap perempuan yang baik , dengan lelaki yang baik dan sebaliknya , dalam hadis juga menyatakan itu . . Eyda tahu eyda tak sebaik-2 manusia , tak perfect etc , eyda juga ingin berubah , eyda nak berubah dari semua aspek ,In Shaa Allah dengan bantuanmu juga imamku . . Wahai bakal imamku . . percayalah disaat lafas akad ,sah eyda menjadi isteri mu . eyda akan sentiasa menjaga maruah mu , aib mu , juga perilaku eyda sebagai isterimu . . In Shaa Allah eyda akan sentiasa memberi kebahagiaan untukmu , eyda akan menjadi seorang isteri yang solehah , dan In Shaa Allah eyda akan lahirkan zuriat yang soleh dan solehah untuk penyambung keturunanmu wahai suami tersayang . Amin ... Semoga awak jodoh yang sentiasa eyda doakan selama ini . MOHAMAD IZUAN BIN ABDUL RAHMAN . . Ingatlah hanya satu langkah sahaja lagi kita akan membina masjid bersama . . maafkan segala salah silap sepanjang perkenalan kita , halalkan makan minum saya ye sayang . .sebak pulak rasa , mengalir air jenih di pipiku :') . .sayang even hubungan kita dah sampai ke tahap ini , ingatlah ujian dugaan sentiasa  bersama kita , maafkan saya jika ada kekurangan diri saya dalam menjaga hubungan kita . . kalau awak baca entry saya yang ini , maybe relay kita tengah complicate kan ? itu salah satu sebab why saya sebak sangat tulis doa dan coretan ini . . saya berdoa hubungan kita kekal utuh sampai akhir hayat , In Shaa Allah. . Sayang saya harap sangat kita sama-sama pertahankan mahligai yang saya idam-idamkan ini , tak mustahil juga untuk semua wanita diluar sana . . Sayang semoga jodoh kita kekal selamanya . . jika apa-apa berlaku even sekarang atau kita sudah bergelar suami isteri saya  harap kita sama-sama dapat selesaikan dengan sebaik mungkin , bukanlah saya meminta bukan-bukan terjadi , " sedangkan lidah lagi tergigit apa pulak suami isteri " kan sayang ? saya harap even kecil besar salah saya awak , saya minta maaf sangat-sangat , saya amat sayangkan hubungan kita , walaupun awak sudah sah menjadi "FIANCEE" saya tidak mustahil sama sekali kita tidak berhadapan dengan dugaan demi dugaan . . saya harap sangat kita dapat tempuhi dengan tenang , Alhamdulillah . .maafkan saya untuk sekalian kalinya jika saya ada menyakitkan hati awak , melukai perasaan awak ,  saya mohon maaf sangat-sangat . Halalkan makan minum dan segalanya yang telah awak berikan untuk saya . Demi allah saya sangat sayang awak . . Awak pelengkap hidup saya didunia juga akhirat , In Shaa Allah wahai imamku . . Saya harap awak pemilik tulang rusuk saya , AMIN . .  ImissyouIloveyou HUBBY 

                                                                since
                                                       25122012/0154



No comments: